Wednesday, September 8, 2010

I AM WHAT I AM

Apabila kita terlalu memikirkan tentang sesuatu yang kita sendiri tidak pasti apakah sebenarnya yang berlaku, banyak tanggapan atau keputusan yang pasti terlintas di fikiran. tanpa kita sedari, ia boleh mendatangkan kesan yang kita sendiri tidak ingin berlaku dalam hidup . bila tiba satu tahap di mana kita tidak mampu untuk melakukan apa2 ,di situ barulah kita sedar bahawa kita adalah seorang hamba, yang bukannya boleh melakukan semua yang kita inginkan sesuka hati, atau inginkan apa yang selama ini kita hendaki.

Bila emosi semakin menghantui diri, kita seakan tidak tahu apa sebenarnya situasi dan tindakbalas yang perlu kita ambil .. ia juga boleh mendorong seseorang untuk melakukan tindakan yang bodoh, mengeluarkan kata-kata yang kita sendiri tidak pernah gambarkan, ataupun membuat sesuatu untuk kepuasan diri yang hakikatnya hanyalah untuk sementara waktu.

Sebagai seorang manusia biasa, setiap dari kita pasti ada kelemahan masing-masing. kelemahan itu mungkin sememangnya telah wujud sejak azali, dan mungkin juga lahir dari sesuatu peristiwa yang berlaku di masa silam,. dan kerana tidak boleh melupakan sesuatu yang silam itu lah akan membuatkan kita terus lemah, .
Yang indah pastinya kita tidak boleh kita lupakan, tapi x mustahil juga yang pahit akan segar dalam ingatan sampai bila-bila.
Banyak yang kita akan lalui, dan banyak yang kita akan temui..
mungkin apa yg cube ku sampaikan ni ssh utk difahami.. atau mungkin kurang kreatif, atau mungkin ak hny merepek x tentu pasal, ataupun ada benarnya..
apa yang pentingnya, aku dlm keadaan sugul..

but im still standing here..
just want to be me, not to be someone else..
because YOU ARE WHAT YOU ARE, AND WHAT YOU ARE IS OK.

Selamat berpuasa...